AYER KEROH, 24 April - PLANMalaysia Melaka hari ini menerima kunjungan hormat daripada sekumpulan pelajar Program Sarjana Muda Sains Sosial Persekitaran Dengan Kepujian, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Rombongan pelajar ini telah disambut mesra oleh YBrs. Encik Mursidin bin Ismail, Timbalan Pengarah (Perancangan).
Kunjungan ini bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak jabatan berkaitan projek Penilaian Impak Sosial Pembangunan 'German Technology Park' (GTP), Melaka yang sedang dijalankan sebagai projek akademik pelajar. Dalam sesi tersebut, Bahagian Kawalan Perancangan turut berkongsi maklumat mengenai Tatacara Pemprosesan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Peringkat Negeri Melaka, Edisi Ketiga.
PLANMalaysia Melaka sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan bagi memperkukuh pembangunan di Negeri Melaka yang lebih mampan dan berdaya saing.