
Dalam Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2007, Warta ialah Berita, khabar. Warta kerajaan adalah risalah yang diterbitkan oleh kerajaan untuk menyiarkan undang-undang (pelantikan dan lain-lain) yang telah disahkan oleh kerajaan.

Dalam Akta Tafsiran 1948 Dan 1967 [AKTA 388], di bawah seksyen 3 takrifannya ialah: “Warta” termasuklah Warta rasmi Persekutuan yang disiarkan dalam bentuk elektronik atau lain-lain bentuk melalui perintah Kerajaan dan hendaklah, setakat mana yang ditentukan dalam subseksyen 18(3), termasuk Warta rasmi mana-mana Negeri.
“Warta Negeri” ertinya Warta rasmi sesebuah Negeri (termasuklah sesuatu tambahan atau Warta khas).
“Warta Persekutuan” ertinya Warta Persekutuan yang rasmi (termasuklah mana-mana tambahan atau Warta Luarbiasa).
Berikut adalah Pewartaan Rancangan Pemajuan Negeri Melaka :-
| RANCANGAN PEMAJUAN | MMKN (KUATKUASA) | PEWARTAAN (NO. WARTA & TARIKH WARTA) | 
|---|---|---|
| Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah 2020 (Pengubahan) | 3 Jun 2015 MMKN Bil.17/2015 | No. 477 (10 September 2015) | 
| Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah 2020 (Pengubahan) | 3 Jun 2015 MMKN Bil.17/2015 | No.591 (03 Disember 2015) | 
| Rancangan Tempatan Daerah Jasin 2020 (Pengubahan) | 3 Jun 2015 MMKN Bil.17/2015 | No. 592 (03 Disember 2015) | 
| Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2025 | 3 Jun 2015 MMKN Bil.17/2015 | No. 478 (10 September 2015) | 
| Rancangan Kawasan Khas Melaka World Solar Valley | 9 Julai 2015 MMKN Bil.20/2015 | M.P.A 423/2016 (21 Jun 2016) | 
| Rancangan Kawasan Khas Kuala Linggi | 9 Julai 2015 MMKN Bil.20/2015 | M.P.A 424/2016 (21 Jun 2016) | 
Klik Untuk Muat Turun :-
| No | Keterangan | Tarikh / Jenis / Saiz | Tindakan | 
|---|---|---|---|
| 1 | 
                Senarai Pewartaan Laporan Rancangan Pemajuan Negeri Melaka_9Julai24.pdf               | 
                11 Sep 2024                PDF | 672.43 KB | 
| 
 |