...

PROGRAM IKRAR BEBAS RASUAH PLANMALAYSIA MELAKA BERSAMA SPRM NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 22 Oktober - PLANMalaysia Melaka telah melaksanakan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, Aras 5, Wisma Negeri, Ayer Keroh. Program ini diadakan bagi memperkukuh budaya integriti serta menzahirkan komitmen jabatan dalam usaha memerangi rasuah dan memastikan tadbir urus perkhidmatan awam yang telus serta berakauntabiliti.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Encik Mursidin bin Ismail, Timbalan Pengarah Perancangan PLANMalaysia Melaka, mewakili seluruh warga jabatan. Program ini turut disaksikan oleh Tuan Muhammad Aiman Lingen bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Melaka; Tuan Sheikh Mohd Helmi bin Sheikh Abdul Halim, Penolong Kanan Penguasa SPRM Melaka; dan Puan Noor Haslinna binti Hafadz@Harun, Penolong Kanan Penguasa SPRM Melaka.

Penganjuran program ini mencerminkan kesungguhan PLANMalaysia Melaka dalam memupuk nilai integriti dalam kalangan warga kerja serta memperkukuh amalan tadbir urus yang beretika, profesional dan bebas rasuah seiring aspirasi perkhidmatan awam yang berwibawa.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy