Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia telah memperkenalkan Penarafan Bandar Pintar Malaysia bermula pada 2023 bagi memberi pengiktifaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berjaya melaksanakan inisiatif Bandar Pintar mengikut tahap dan berpandukan kepada indikator bandar pintar, Malaysia Standard (MS) ISO 37122:2019 (Smart City Indicator).
Oleh itu, 2025, program Penarafan Bandar Pintar Malaysia akan diteruskan dan dibuka dari Tahap 1 – “Smart City Early Adopter”, Tahap 2- “Developing Smart City” dan Tahap 3 - “Leading Smart City”. Permohonan akan dibuka melalui National Smart City Platform (NSCP) di bawah Malaysia Urban Observatory (MUO) bermula pada 7 April – 6 Jun 2025 seperti di pautan berikut:
https://servicedev.planmalaysia.gov.my/app/muo/web/site/
Perhatian kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang TELAH BERSEDIA DAN MELAKSANAKAN INISIATIF BANDAR PINTAR untuk menyertai program Penarafan Bandar Pintar Malaysia 2025. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:
Puan Nur Amilin binti Mohd Khazani di talian :
03-8091 0391|014-517 7927
Puan Nur Aimi Nadia binti Md Ali di talian :
03-8091 0385 |010-2526752
Puan Nur Syarinam Hanis binti Md Yusoff di talian :
03-8091 0364| 014- 307 9252
Sumber : Ibu Pejabat Plan Malaysia