PlanMalaysia Melaka telah mengadakan Mesyuarat Cadangan Pindaan Garis Panduan Perancangan (GPP) Perumahan Negeri Melaka pada 05 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia Melaka. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan cadangan pindaan dan penambahbaikan Garis Panduan Perancangan (GPP) Perumahan Negeri Melaka selaras dengan keperluan semasa pembangunan, pengukuhan aspek kawal selia serta memperkemaskan pelaksanaan perancangan perumahan di Negeri Melaka.
Sesi perbincangan ini turut melibatkan pelbagai agensi teknikal dan pihak berkepentingan termasuk Jabatan Perancangan Bandar dan Jabatan Kawalan Bangunan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). Turut hadir ialah wakil Unit Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka serta Lembaga Perumahan Melaka (LPM).
Mesyuarat ini menjadi platform penyelarasan penting dalam memastikan Garis Panduan Perancangan (GPP) Perumahan Negeri Melaka terus relevan, komprehensif dan menyokong pembangunan perumahan yang terancang, mampan serta memenuhi keperluan rakyat dan aspirasi pembangunan negeri.
Antara fokus utama adalah penyelarasan teknikal antara PBT, penambahbaikan aspek kawalan pembangunan serta pemerkasaan dasar perancangan perumahan negeri bagi memastikan pembangunan lebih tersusun dan berkualiti.