...

MELANGKAH KE DESTINASI BAHARU, TERUS MENABUR BAKTI

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik T. Aizat Emir bin T. Mohd Apandi, Pegawai Perancang Bandar Gred J9, atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama PLANMalaysia Melaka.

Beliau akan meneruskan perkhidmatan di Bahagian Rancangan Pembangunan, Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS), PLANMalaysia, berkuat kuasa 14 September 2026.

Segala jasa, kerjasama dan komitmen yang telah diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga PLANMalaysia Melaka.

Semoga terus melakar kecemerlangan di tempat baharu, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kejayaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang baharu.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat bertugas di tempat baharu dan selamat maju jaya, Encik T. Aizat Emir.
 
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy