...

LAWATAN KERJA KIK,PLANMALAYSIA MELAKA KE LEMBAGA TABUNG HAJI

KUALA LUMPUR, 29 April – Delegasi PLANMalaysia Melaka yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Perancangan), YBrs. Encik Mursidin bin Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Tabung Haji hari ini. Ketibaan delegasi telah disambut oleh YBhg. Datin Musalimah binti Mustafa, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Inovasi, Jabatan Operasi Tabung Haji.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pengalaman berkaitan inovasi daripada Lembaga Tabung Haji, sebagai nilai tambah kepada pelaksanaan inisiatif inovasi di PLANMalaysia Melaka. Sepanjang sesi lawatan ini, Lembaga Tabung Haji telah berkongsi tentang inovasi perisian THiJARI, iaitu sebuah platform perkhidmatan digital yang memudahkan urusan para pendeposit Tabung Haji.

Untuk makluman, inovasi THiJARI telah diiktiraf sebagai Penerima Trek Sosial Terbaik dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam (AIPSA) 2023, sekali gus membuktikan keberkesanannya dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam melalui pendigitalan.

Bagi pihak Jabatan, kami mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Tabung Haji atas kesudian menerima lawatan kerja daripada PLANMalaysia Melaka.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy